Mi
Mi OCHA diperdibuat daripada tepung yang berkualiti setiap hari di dalam persekitaran yang selamat dan bersih. Teksture mi yang kenyal dan rendah lemak juga boleh dimasak atau disajikan dengan pelbagai cara mengikut citarasa anda. Mi ramen & mi labu adalah keistimewaan kami
Daging Gulung
Daging ayam yang di gulung OCHA diperbuat daripada resipi istimewa kami yang tersendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang segar. Digoreng sehingga ragup, daging ayam gulung ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
Dumpling
Dumpling OCHA berasaskan resipi tradisional tanpa bahan pengawet dan perasa tambahan. Diisi dengan gabungan bahan segar dan semula jadi yang enak, setiap hidangan ladu kami lembut dan enak. Terdapat beberapa pilihan, antaranya adalah dumpling ayam, ayam & kucai, ayam kimchi dan perisa ayam jagung manis
Dim Sum
Dim Sum, juga dikenali sebagai siobee, diperbuat menggunakan resipi khas OCHA sendiri. isinya dibuat menggunakan campuran bahan berkhasiat yang enak tanpa bahan pengawet tambahan. Terdapat pilihan cendawan ayam atau perisa lobak merah ayam.